Monday, April 4, 2011

B2B Homemade Choc

Salam & selamat sejahtera semua..(entri kali ini agak panjang berjela sebagai tanda membalas dendam kerana sudah lama tidak ber'blog'ing. harap bertabah + bertahan yea)
Lama sungguh tak update blog ni. Bersawang sudah blogku. Maaflah, sejak akhir-akhir diriku sungguh busy sekali (konon2 ramailah pembaca sgt kan!) Macam2 hal berlaku. Kalau nak story, sampai minggu depan pun tak abis kot. Ada kisah suka, ada sedih + duka (kwn sekolah saya meninggal. sedekah al-fatihah kpd roh beliau-miss acha-nor hafsah mat nor), ada kisah lawak,kelam kabut + macam2 lagi.

Berbalik pada kisah saya. Memandangkan banyak sangat peristiwa + hal2 di luar jangkaan berlaku, saya akan cerita 1 by 1 atau dalam bahasa malaysia disebut satu per satu. Dari satu topik ke topik yang satu lagi supaya anda semua faham & tidak bingung waktu membaca nanti. (hobi saya buat org pening terutamanya bila dah bukak cerita, susah nak berenti tau!)

FIRSTLY berkenaan majlis merisik + pertunangan saya. Pada awalnya, kami merancang untuk buat majlis merisik + bertunang sekaligus  pada pertengahan bulan Jun 2011 tetapi majlis merisik telah dipercepatkan tarikh menjadi 01.01.11 yang lepas. (mmg tak sempat berdiet, terima je la keadaan fizikal ku ini). Nak dijadikan cerita, bertandanglah keluarga my hunny bunny pada petang tahun baru itu dengan membawa hajat beserta sebentuk cincin + beberapa barang iringan untuk merisik diriku ini. (cewah!! ^_^)

Hajat mereka sememangnya untuk merisik tapi lepas upacara menyarung cincin selesai, ayah pun berkata, "ni kira bertunang terus lah ye. (cincin tunang tak beli lagi lah yah..!-dlm hatiku) Cincin tunang dgn barang2 lain bawa masa nikah nanti lah. Sbb jauh kan, menyusahkan pula kalau kena datang banyak kali. Kita buat sekaligus." Maka, bermulah episod Miss Lady Adreena menjadi tunangan kepada Encik Haizey. (yes!!aku dah jadi tunang org!sgt gedik ye perasaanku dikala itu).

Pakaian saya? Disebabkan pada mulanya hanya lah majlis merisik, hanya bersiap seringkas mungkin. Ibu awal2 dah bagi warning, tak payah nak melaram lebih2. Tengah pening2 nak pilih baju untuk dipakai, ayah suruh pakai jubah yang dibeli di Mekah sewaktu beliau menunaikan umrah dulu. Biar lebih berkat katanya. Jadi, pada majlis itu, saya memakai jubah & tidak bermekap ye kawan2. (tapi lepas je selesai majlis, dapat message dari si dia menyatakan beliau dan rombongan telah selamat sampai di rumah & my hunny bunny suka dengan pakaian saya. di ulang sekali lagi SUKA!!)

SECONDLY, bagi menjimatkan kos untuk goodies bag pada majlis kahwin nanti, saya telah merancang untuk menyediakan sendiri cenderahati kepada para tetamu yang datang. Oleh itu, saya telah menghadiri kelas untuk membuat coklat. Alhamdulillah, dengan idea dari Miss Amalina kami telah memulakan perniagaan menjual coklat2 dan semakin hari semakin maju. Jom layan gambar2 coklat hasil usaha kami.


Untuk lebih info, sila ke facebook fanpage kami, cari Prettylicious Homemade Chocolate

Yang ini pula ialah Lolli Choc

Pelbagai bentuk yang tomei2
Ini plak oreo choc with wording. Cuba teka pe wording dia.
So, sape2 yang berminat + berkenan + nak tau lebih lanjut, jangan malu-malu atau segan-segan. Email je kat saya. Tak pun cari kat facebook, ada fanpage Prettylicious Homemade Chocolate, jangan lupa klik LIKE yea. Paling senang PM kami (Adreena Aleeya atau Amalina FC) kat facebook. (rasa cam semua org ada muka-buku ni) Kalau order banyak, leh dapat special price tau..~  (promote sket!)

Kalau tiada aral & mempunyai masa lapang untuk membuat coklat, maka para tetamu yang datang ke majlis saya tu bakal merasa hasil tangan pengantin yang disediakan dengan penuh kasih sayang. (sila terharu sekarang)

Ok, rasanya dah terlalu panjang entri ni. Mesti u olls pun dah tak larat nak baca kan? So, saya ringkaskan je la. Setakat ni persiapan yang dah selesai ialah:
  1. Dewan- Dah siap booking
  2. Photographer- Mandat diberikan kepada Encik Yazman Yuhana (korang boleh tengok hasil kerja beliau kat http://megytomyam.blogspot.com/)
  3. Pakej andaman, baju pengantin & pelamin- Aida D'Sanding
Tu je la yang dah settle kot. Kad kahwin tak boleh nak buat lagi sebab masih terlalu awal. Lagipun ayah yang akan uruskan untuk kad kahwin + menu. Oh yes, lupa nak bagitau. Saya akan bersanding sekali dengan adik saya. memandangkan beliau lelaki, so dia yang akan menikah dulu. (menci tau!!)

Sebenarnya banyak lagi nak story, tapi simpan skit la untuk esok2.

Till the next entri u olls..~

Tatatititutu..~

No comments:

Post a Comment