Tuesday, April 5, 2011

Hari Yang Sibuk

Salam semua..

Pagi ni terbangun lambat. Nyenyak sungguh tidurku. Sejak seminggu yang lepas memang susah nak tido malam. (asik tak lena je) Badan ni jangan cerita la, dah lenguh2 sebab dah lama tak dibelai. (dont get me wrong k!bukan belaian gatai2) Sejak dulu lagi kalau badan lemah, mesti panggil tukang urut datang rumah. Sekarang ni dah terbiasa pula. Lebih2 lagi sekarang ni, kat spa pun dah banyak yang menyediakan pakej urutan (mcm2..ada bali la, hawaii la, thai la,tradisional apatah lagi). Jumaat ni saya dah booking nak buat massage. Yeay..~

Nak cerita pasal pakej andaman + baju pengantin + pelamin yang saya ambil tu. Sebab utama saya ambil sebab dapat free pakej rawatan pengantin. (ada mandi susu + rawatan muka + lulur) Lagipun dari zaman belajar (masa kat U yea,bukan zaman skolah) dulu memang dah berkenan dengan design2 butik ni.

Masa pergi booking hari tu, diorang ada suggest 1 baju. Memang cantik, (anak datin ye org pertama yang pakai. Haruslah cantik kan??) dah eksaited la nak pakai baju tu sebab memang sesuai untuk majlis di dewan.

Tapi......
sampai je rumah dapat panggilan dari butik mengatakan baju tu sebenarnya dah ada orang lain yang tempah pada hari yang sama. (orang tu dah booking dulu) So, kena pilih baju lain. Baju cantik2 memang banyak tapi baju yang sepadan dengan saizku amat sukar dicari!!! uwaaaaaa...~ Diorang janji akan carikan baju yang sesuai dengan saya. Hari jumaat ni saya akan ke sana (nak buat body treatment), so harap2 baju yang bakal dicadangkan itu sesuai dan cantik bila saya pakai nanti..~

Sebenarnya saya terfikir gak, kalau baju nikah buat sendiri pun bagus sebab boleh pakai balik. (gi majlis kawen member2 or kenduri) Kalau baju yang bakal dicadangkan itu tak berapa sesuai, rasanya baju nikah tu bakal ditempah sendiri la. Janganlah lari dari bajet sebenarku. Papepun kena tunggu my hunny bunny balik dari outstation. Mestilah kena amik pendapat dia juga kan..~

Apa lagi ek? Ha...tema majlis. Sampai sekarang tak boleh nak pikir apa tema yang sesuai untuk majlis saya tu nanti. Rasanya bulan depan lah saya fikirkan.

Ok, hari ni saya agak sibuk kerana ke sana ke mari menguruskan hal perniagaan kecilku (insyaAllah akan berkembang maju hendaknya, doakan tau!) dan menambahkan berat badan dengan menjamu selera di Bangi Golf Resort. Dapat makan dekat sini pun sebab ihsan dari ex-manager saya yang dah berhenti bulan lepas. Beliau bermurah hati membelanja anak-anak buah dengan duit elaun yang beliau tidak tuntut. Mekasih ye Encik Hamidon Ahmad. Maka bergembira Cik Lady Adreena, Cik Zatul, Cik Puan Jue, Cik Dang & Cik Linda menambah beberapa kalori ke dalam badan.

Lepas makan, saya & Kak Jue singgah ke Warta (Bintang ke Giant ntah sekarang) sebab Kak Jue nak keluarkan duit beribu-ribu. Saya lak terus menyambar 2 bekas untuk simpan coklat2 sekaligus. (Tak cukup dah bekas-bekas yang ada kat umah tu). Tak lama lepas kitorang sampai opis, Kak Jue dapat panggilan kakak beliau mengalami kemalangan. Harap2 Yong tidak mengalami kecederaan yang teruk & cepat pulih.

Rasanya sampai kat sini dulu entri saya. Next entri saya nak cerita pasal pesta buku pula yea..~

Till the next entri u olls...~

Tatatititutu...~

No comments:

Post a Comment