Saturday, October 16, 2010

Survey-Survey

Salam semua..

Okies,plan untuk rini adalah men'SURVEY' butik-butik pengantin yang ada kat area sini (semenyih-kajang-bangi) untuk mencari package tunang & wedding yang berpatutan. yeay.....~

Untuk pencarian kali ni, aku akan ditemani oleh bakal pengapitku iaitu Miss Amalina (cikgu yg garang)..~

Mula2 plan nak g awal pg tp miss vidic nih ade hal la plak. So,dia janji nak g ptg ni..(x jd pegi,u kena blanja i tau!!)

My hunny bunny pun dah bg kebenaran untuk survey2 dulu butik2 yang berkenan, then after short listing dia akan gi sekali untuk pilih mana 1 butik pilihan kami. Cuma beliau berpesan..."Apa2 keputusan yang dinda buat, jangan belakangkan orang tua kita. Biar kita uruskan persiapan nih tapi sebelum buat keputusan bincang ngan diorang dulu." Sebab tu la beliau bakal mengadap ayah & ibu awal bulan 12 nt. hik3...~

Sekarang ni dah ada beberapa butik pengantin yang terlintas di kepala. Harap2 bukak la butik2 tu walaupun time2 cuti gini. Agak2 ada tak package tunang lengkap harganya bawah RM350.00? Kalau xde alamatnya kena DIY sendiri la mini pelaminku nt...~


* aku amik gamba nih dr sini. actually aku dah terpikat ngan design azura ni*

Cantik kan design dia, putih suci gitew...warna purple tuh i loike sgt2...~ (bantal2 kecik tuh klu ade warna pepel n selang seli ngan wrna pink musti chantek!!)

p/s: Mengapa LadyAdreena tak update blog nih setiap hari? Jawapannya, kadang2 saya x update sebab timbul beberapa masalah seperti kekangan masa, kemalasan yang melampau serta ketiadaan mood..hehehehehe...~

Till the next entri u olls....~

Tatatititutu...~

Thursday, October 14, 2010

Suaraku Masih Ada

Salam & selamat pagi semua..

Semalam tak dapat nak update jurnal harian sebab kekangan masa (terkekangla sgt!). Lepas office hour je, terus bergegas ke Music Box kat Metro Point. Biasa lah, dah lama bercuti dalam aktiviti menyumbang suara ni. Dah gian la pulak. Sib baik ada yang pelawa..~

Mula2 aktiviti nih dah terbatal, tapi memandangkan salah sorang geng (miss jue ame) dapat kebenaran dr sang chentanya utk bersama2 menyertai aktiviti kami nih, ON balik la kan...(hubby nya a.k.a our boss pun turut serta). Lepas makan2 (sementara tunggu bilik siap-ada sorang member yang tempah) kitorang pun menuju ke pusat karok itu. dari jauh dah dengar suara En Ajak speaking London tau...~

Dalam 3 jam tuh, macam2 lagu, berbagai2 rentak & nada, lagu melayu ke lagu omputih ke lagu melayu balik, dari lemah gemalai sampai lah pitching ke langit kitorang sental. Dapatlah lepaskan gian n tensen...~(best3)

Kul 10 lebih camtu selesailah aktiviti kami dalam menyumbangkan lagu. Memang happening (sbb aku gelabah cari kunci keta tak jumpa,rupa2nya tertinggal kat Kenny Rogers)..~

Terima kasih Mr Boss kerana telah merealisasikan impian kami (harapan wife beliau juga) untuk bercanda & berlibur bersama rakan2...~ (siap dapat baucer lagi!)

Opsss..lupa nak bagitau, my hunny bunny cakap "Dengan kawan2 awak gi karok, dengan saya taknak gi pun.." (nada sedih). Ala2 bucuk, bukan taknak gi, seram nak gi berdua. Takut saya yang terlebih2 kang...hahahahahahha~ (lain auranya kalau ngan kanda, gedik semacam jea)

Till the next entri..chow bedah...~

Tatatititutu..~

Tuesday, October 12, 2010

Adat Merisik

Salam Sejahtera & Selamat Petang semua,


Kali nih saya nak kongsi info berkaitan upacara MERISIK & MEMINANG (entri ni pjg skit tau-bg warning awal2). Kebiasaannya upacara ni merupakan prosedur pertama dalam menjayakan sesebuah perkahwinan. tapi sekarang ni, ramai yang buat sekaligus dengan upacara pertunangan. Iye la, kadang2 pasangan lain2 negeri. Kalau kena Perlis ngan Johor, mau bercinta nak datang bawak rombongan berkali2. Bajet  nak kena jaga jugak beb. So, check it out..~

Orang Jawa turun ke dusun,
Singgah sejenak dipinggir kota,
Kami membawa sirih tersusun,
Sudilah sepiak membuka kata.
(Yang nih wakil my hunny bunny kot. Situasi: depan pintu pagar, tengah2)
Orang dusun pergi ke huma,
Bawa ke pekan seikat keladi,
Sirih tersusun kami terima,
Sila nyatakan hasrat di hati.
(Yang nih agaknya ayah aku yang balas pantun. Situasi: Tengah2 kaki lima)

Mulakan ngan pantun, melayu nih kan kaya ngan bahasa2 puisi nih..~ (agak2 my hunny bunny nak ke berpantun??)

Adat istiadat merisik dan meminang dalam masyarakat Melayu bukan sahaja dituntut dalam agama bahkan ditagih dalam adat (hambik ko!ditagih tau). Ia merupakan permulaan istiadat di mana pihak lelaki menghantar seorang wakil ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Walaupun telah diketahui peminangan tersebut akan diterima (kompem la dah tau kan,siap dah ada tarikh,kan kanda), namun syarat menghantar wakil perlu dilakukan sebagai membuka tirai kira bicara (nak kenal2 ngan sy yg tomei nih la kan,baek ngaku!).

Upacara ini dilakukan, untuk melahirkan tujuan mereka sebenarnya secara rasmi. Ia dilakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum (ada2 yg punya,anak makcik la yg memiliki hatiku ini.mau kena tenyeh cili api ngan ibu klu jwb gini).

Amalan ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak dipinang. Setelah tiba masa yang sesuai, wakil tadi akan berterus terang tentang hajat mereka sebenarnya. Kebiasaannya semasa upacara ini, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang, kapur dan gambir.


Lupa plak amik katne tepak sireh ni (pakcik gugel rasanya)

Tepak sirih ini dipanggil sebagai sirih meminang. Jika peminangan tersebut diterima maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan sebagai tanda penerimaan (nak kena pulang balik ke ambik terus tepak sireh ni??kompius lak).

Manakala cincin tanda sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara pertunangan. (cincin tanda la nih kan???yg nih aku tau!ngeh3)

Selesai sahaja upacara ini, kedua-dua belah pihak akan membawa tepak sirih ke tengah untuk disantapi sebagai tanda gembira dan kata sepakat. (hamboi!xkan makan sireh jea kot.musti nak rs masakan aku kan??nt sy buat nasi goreng cili api yea bakal mak mertuaku sayang.mak rasa yea.kompem lulus jd menantu -->loya den!)

Okep, itu la serba sedikit pasal upacara MERISIK & MEMINANG ni. Saja aku highlightkan kat sini sebab my hunny bunny nak hantar rombongan tak lama lg. Agak2 apa yang perlu dilakukan masa rombongan tu sampai erk? Buat malu2 ala pompuan melayu terakhir ke? (intai2 dr dapur-gediknye!) Agak2 nak pakai baju apa yea?Nak kena mekap2 ke?Maklumlah ni kan kali pertama aku bakal bertemu bakal keluarga baru..~

Sila2 bg idea & pandangan anda..~ (mekasih)

Till the next entri. Tatatititutu..~

 

Imbasan Memori

Entri kali ni aku nak cerita pasal my hunny bunny yang sangat aku kasihi + cintai + sayangi + rindui (kembang plak tekak aku menulis perkataan2 ni) & macam mana kami leh bercintan-cintun nih..~

Alkisah...(bc ala2 dialog sudin dlm filem pendekar bujang lapok erk)
Tersebut la kisah tentang pertemuan kami di satu bangunan (tempat kami sama2 mencari sesuap nasi). Disebabkan masa tuh aku sudah ada yang punya, maka kami sekadar hi hi bye bye je. Lagipun, dari pandangan mata ku yang cantik nih, (ewah2,perasan sebentar) dia nih sombong & pendiam. Tp masa mula2 bertentang mata, hati kecilku berkata "bleh tahan gak mamat ni,sib baik aku dah ada si dot dot dot, kalau tak aku dah ngurat."(macam la cun sgt kan!)

Awal tahun 2010, aku mengalami tahap kesedihan yang terlampau & ingatkan tahun ni tahun malang bagi aku. Tapi Allah tu kan Maha Besar & Adil serta Maha Pengasih & Penyayang, kadang2 kejadian yang kita sangkakan buruk rupa2nya terkandung 1001 hikmah.

Tanggal 29 April 2010, si dia telah memulakan 1 langkah untuk membawa hubungan persahabatan kami ke arah yang lebih serius.Keputusan tu memang mengejutkan sebab tak sangka pulak dia nak aku yang tomei ni (a.k.a tembam). hahahahahah...~

Masa awal2 musim percintaan dulu, perasaan sayang & rindu tuh memang kurang tapi sekarang ni mak aiii, asik teringat je. Seksa tau (sama la ngan my hunny bunny pun!,tuh yg den suko). Kami pun memang taknak bercinta lama2, akhirnya buat keputusan nak mengakhiri zaman bujang pada 11.11.11..insyaAllah. Harap2 perjalanan kami dipermudahkan..~

Kat sini nak buat pengakuan ikhlas (korang tahan je la loya baca):
To my hunny bunny: dinda sangat menyayangi kanda, terima kasih kerana hadir di kala dinda memerlukan seseorang. kanda lah hero di hati dinda &  pilihan terbaik dinda.
Okep,sampai sini je la entri aku. Musti korang dah loya2 kan baca ayat getik aku. Bukan selalu pun u oll..~

Tatatititu..~

Monday, October 11, 2010

Risik-Risik

Perancangan awal yang kami rancang ialah nak buat majlis merisik & bertunang sekaligus pada pertengahan tahun depan tapi tiba-tiba my hunny bunny nak hantar rombongan MERISIK dulu awal tahun depan!! Tercekik leher den mendengar. Aiyoo, tak sempat saya nak kuruskan badan kandaku sayang...~

Alasannya beliau taknak orang lain salah anggap kalau beliau selalu bertandang ke umah aku tanpa hubungan yang pasti sebab start tahun depan kami dah mula nak cari barang2 hantaran. Jadinya, beliau akan selalu la bertandang  ke rumah saya & terpaksa bermalam. "Lainlah kalau dah letak tanda," katanya.

Lg satu alasan beliau, takkan lah family dia datang sarung cincin tunang tanpa mengenali tuan empunya badan yang nak disarungkan. Kang tersilap sarung kat tangan bakal ibu mertua (ibu aku la), tak ke haru jadinya. Kononnya mak & family my hunny bunny nak kenal2 ngan bakal menantu (blushingnye saya)..~

Mula2 excited bila dengar ada org nak datang merisik. Maklumlah, sejak zaman blaja dulu memang bercita2 nak mengakhiri zaman solo bila berusia 25 tahun. Akhirnya, cita2 ku itu sudah mula menampakkan batang idungnya.ngeh3..~

Tapi, bila pikir2 balik rasa segan plak. Nak pakai baju apa? Perlu ke nak mekap2 ni? (cam tak sabar la plak). Agak2 koranglah, camne erk proses merisik tu? Aku memang takde pengalaman sebab aku anak sulung & satu2nya pompuan dalam adik beradik aku..~

Rasanya itu je la untuk entri kali ni..chow bedah...~

Tatatititutu...~

Akhirnya

Akhirnya..

Setelah berpikir 1001 kali, terpaksa jua aku memulakan blog sebagai catatan serta peringatan untuk aku membuat persediaan menuju hari bahagia. Bukan apa, memandangkan aku perlu membuat bajet majlis supaya selaras dengan pendapatanku, haruslah ada sistem canggih untuk bagi peringatan. Ada juga kawan2 yang boleh bagi suggestion & komen..~

Secara ringkas tentang aku:
  • memilih 11.11.11 (dah tak sempat nak amik 10.10.10) sebagai hari untuk bergelar ISTERI kepada my hunny bunny (gedik tol kenyataan ini!!)..~
  • wajib buat persediaan awal sebab bila masa dah suntuk nanti, semua aku lupa (parent cakap aku ni clumsy)..~
  • aku masih belum men'SIMPAN' duit untuk belanja sebab tak sangka ada gak yang sudi pada diriku ini.huhuuhuhuh..mekasih kepada my hunny bunny sebab sudi menerima diriku seadanya (jiwang sebentar)..~
Jadinya, sape2 yg sudi memberi komen (ada ke?) amatlah dihargai. Boleh gak bertukar2 pandangan & bagi idea untuk aku menjayakan majlisku nanti even menggunakan bajet yang sederhana.hehehehe..~

Tatatititutu..~