Tuesday, October 12, 2010

Adat Merisik

Salam Sejahtera & Selamat Petang semua,


Kali nih saya nak kongsi info berkaitan upacara MERISIK & MEMINANG (entri ni pjg skit tau-bg warning awal2). Kebiasaannya upacara ni merupakan prosedur pertama dalam menjayakan sesebuah perkahwinan. tapi sekarang ni, ramai yang buat sekaligus dengan upacara pertunangan. Iye la, kadang2 pasangan lain2 negeri. Kalau kena Perlis ngan Johor, mau bercinta nak datang bawak rombongan berkali2. Bajet  nak kena jaga jugak beb. So, check it out..~

Orang Jawa turun ke dusun,
Singgah sejenak dipinggir kota,
Kami membawa sirih tersusun,
Sudilah sepiak membuka kata.
(Yang nih wakil my hunny bunny kot. Situasi: depan pintu pagar, tengah2)
Orang dusun pergi ke huma,
Bawa ke pekan seikat keladi,
Sirih tersusun kami terima,
Sila nyatakan hasrat di hati.
(Yang nih agaknya ayah aku yang balas pantun. Situasi: Tengah2 kaki lima)

Mulakan ngan pantun, melayu nih kan kaya ngan bahasa2 puisi nih..~ (agak2 my hunny bunny nak ke berpantun??)

Adat istiadat merisik dan meminang dalam masyarakat Melayu bukan sahaja dituntut dalam agama bahkan ditagih dalam adat (hambik ko!ditagih tau). Ia merupakan permulaan istiadat di mana pihak lelaki menghantar seorang wakil ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Walaupun telah diketahui peminangan tersebut akan diterima (kompem la dah tau kan,siap dah ada tarikh,kan kanda), namun syarat menghantar wakil perlu dilakukan sebagai membuka tirai kira bicara (nak kenal2 ngan sy yg tomei nih la kan,baek ngaku!).

Upacara ini dilakukan, untuk melahirkan tujuan mereka sebenarnya secara rasmi. Ia dilakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum (ada2 yg punya,anak makcik la yg memiliki hatiku ini.mau kena tenyeh cili api ngan ibu klu jwb gini).

Amalan ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak dipinang. Setelah tiba masa yang sesuai, wakil tadi akan berterus terang tentang hajat mereka sebenarnya. Kebiasaannya semasa upacara ini, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang, kapur dan gambir.


Lupa plak amik katne tepak sireh ni (pakcik gugel rasanya)

Tepak sirih ini dipanggil sebagai sirih meminang. Jika peminangan tersebut diterima maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan sebagai tanda penerimaan (nak kena pulang balik ke ambik terus tepak sireh ni??kompius lak).

Manakala cincin tanda sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara pertunangan. (cincin tanda la nih kan???yg nih aku tau!ngeh3)

Selesai sahaja upacara ini, kedua-dua belah pihak akan membawa tepak sirih ke tengah untuk disantapi sebagai tanda gembira dan kata sepakat. (hamboi!xkan makan sireh jea kot.musti nak rs masakan aku kan??nt sy buat nasi goreng cili api yea bakal mak mertuaku sayang.mak rasa yea.kompem lulus jd menantu -->loya den!)

Okep, itu la serba sedikit pasal upacara MERISIK & MEMINANG ni. Saja aku highlightkan kat sini sebab my hunny bunny nak hantar rombongan tak lama lg. Agak2 apa yang perlu dilakukan masa rombongan tu sampai erk? Buat malu2 ala pompuan melayu terakhir ke? (intai2 dr dapur-gediknye!) Agak2 nak pakai baju apa yea?Nak kena mekap2 ke?Maklumlah ni kan kali pertama aku bakal bertemu bakal keluarga baru..~

Sila2 bg idea & pandangan anda..~ (mekasih)

Till the next entri. Tatatititutu..~

 

No comments:

Post a Comment