Tuesday, October 12, 2010

Imbasan Memori

Entri kali ni aku nak cerita pasal my hunny bunny yang sangat aku kasihi + cintai + sayangi + rindui (kembang plak tekak aku menulis perkataan2 ni) & macam mana kami leh bercintan-cintun nih..~

Alkisah...(bc ala2 dialog sudin dlm filem pendekar bujang lapok erk)
Tersebut la kisah tentang pertemuan kami di satu bangunan (tempat kami sama2 mencari sesuap nasi). Disebabkan masa tuh aku sudah ada yang punya, maka kami sekadar hi hi bye bye je. Lagipun, dari pandangan mata ku yang cantik nih, (ewah2,perasan sebentar) dia nih sombong & pendiam. Tp masa mula2 bertentang mata, hati kecilku berkata "bleh tahan gak mamat ni,sib baik aku dah ada si dot dot dot, kalau tak aku dah ngurat."(macam la cun sgt kan!)

Awal tahun 2010, aku mengalami tahap kesedihan yang terlampau & ingatkan tahun ni tahun malang bagi aku. Tapi Allah tu kan Maha Besar & Adil serta Maha Pengasih & Penyayang, kadang2 kejadian yang kita sangkakan buruk rupa2nya terkandung 1001 hikmah.

Tanggal 29 April 2010, si dia telah memulakan 1 langkah untuk membawa hubungan persahabatan kami ke arah yang lebih serius.Keputusan tu memang mengejutkan sebab tak sangka pulak dia nak aku yang tomei ni (a.k.a tembam). hahahahahah...~

Masa awal2 musim percintaan dulu, perasaan sayang & rindu tuh memang kurang tapi sekarang ni mak aiii, asik teringat je. Seksa tau (sama la ngan my hunny bunny pun!,tuh yg den suko). Kami pun memang taknak bercinta lama2, akhirnya buat keputusan nak mengakhiri zaman bujang pada 11.11.11..insyaAllah. Harap2 perjalanan kami dipermudahkan..~

Kat sini nak buat pengakuan ikhlas (korang tahan je la loya baca):
To my hunny bunny: dinda sangat menyayangi kanda, terima kasih kerana hadir di kala dinda memerlukan seseorang. kanda lah hero di hati dinda &  pilihan terbaik dinda.
Okep,sampai sini je la entri aku. Musti korang dah loya2 kan baca ayat getik aku. Bukan selalu pun u oll..~

Tatatititu..~

No comments:

Post a Comment