Thursday, October 14, 2010

Suaraku Masih Ada

Salam & selamat pagi semua..

Semalam tak dapat nak update jurnal harian sebab kekangan masa (terkekangla sgt!). Lepas office hour je, terus bergegas ke Music Box kat Metro Point. Biasa lah, dah lama bercuti dalam aktiviti menyumbang suara ni. Dah gian la pulak. Sib baik ada yang pelawa..~

Mula2 aktiviti nih dah terbatal, tapi memandangkan salah sorang geng (miss jue ame) dapat kebenaran dr sang chentanya utk bersama2 menyertai aktiviti kami nih, ON balik la kan...(hubby nya a.k.a our boss pun turut serta). Lepas makan2 (sementara tunggu bilik siap-ada sorang member yang tempah) kitorang pun menuju ke pusat karok itu. dari jauh dah dengar suara En Ajak speaking London tau...~

Dalam 3 jam tuh, macam2 lagu, berbagai2 rentak & nada, lagu melayu ke lagu omputih ke lagu melayu balik, dari lemah gemalai sampai lah pitching ke langit kitorang sental. Dapatlah lepaskan gian n tensen...~(best3)

Kul 10 lebih camtu selesailah aktiviti kami dalam menyumbangkan lagu. Memang happening (sbb aku gelabah cari kunci keta tak jumpa,rupa2nya tertinggal kat Kenny Rogers)..~

Terima kasih Mr Boss kerana telah merealisasikan impian kami (harapan wife beliau juga) untuk bercanda & berlibur bersama rakan2...~ (siap dapat baucer lagi!)

Opsss..lupa nak bagitau, my hunny bunny cakap "Dengan kawan2 awak gi karok, dengan saya taknak gi pun.." (nada sedih). Ala2 bucuk, bukan taknak gi, seram nak gi berdua. Takut saya yang terlebih2 kang...hahahahahahha~ (lain auranya kalau ngan kanda, gedik semacam jea)

Till the next entri..chow bedah...~

Tatatititutu..~

No comments:

Post a Comment