Thursday, April 7, 2011

Saya Ni Tunang Orang Ke??

Salam semua..~

Apa khabar kawan-kawan saya rini? Saya sihat alhamdulillah. Hari ini badan saya rasa ringan sedikit sebab semalam saya telah diurut oleh seorang makcik. saya panggil dia Acik Zizah. Orang kampung saya jugak. Tapi punyalah susah nak booking dia sebab hari2 ada customer. Paling best sesi urutan hampir 2 jam, memang asyik sendawa je. (paling byk masa urut tang kepala. Patut asik naik hangin je, rupa-rupanya banyak angin)

Kembali pada tajuk post saya hari ni. Adakah saya ni tunang orang? (tunang Encik Haizey la kan). Kisah bermula sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian sibuk ke sana ke mari. Kebiasaannya, saya akan mendengar siaran ikim.fm kalau dalam kereta. (kat umah dgr era.fm sbb ibu dah conquer radio). Time saya dengar semalam, ada satu slot yang membincangkan mengenai pertunangan. Isu sebenarnya ialah tentang bolehkah kita menuntut kembali barang-barang atau duit yang telah habis dibelanjakan untuk pertunangan sekiranya pertunangan putus sama ada yang menuntut itu pihak lelaki atau pihak perempuan. Maklum lah, sekarang ni masa bertunang tu hantarannya dah macam nak bernikah. Ada yang habis berjuta-juta beribu-ribu untuk buat majlis pertunangan sahaja. Ada juga yang jadikan bon atau saham sebagai hantaran. (ada yang siap tukar nama untuk harta) Tapi sekiranya pertunangan terputus, adakah pihak-pihak terlibat boleh menuntut kembali duit yang telah dibelanjakan. (macam buat saman malu tuh)

Tapi saya tak mau la cerita bab-bab putus tunang ni (nauzubillahi min zalik). Apa yang saya nak kongsi atau beri pendapat ialah tentang asas pertunangan itu sendiri. Ada satu soalan yang dikemukakan oleh pendengar yang mana dia telah menyertai satu rombongan merisik dengan membawa sebentuk cincin risik tapi akhirnya menjadi cincin pertunangan. Adakah cincin merisik itu boleh dianggap sebagai cincin pertunangan dan majlis itu menjadi majlis pertunangan, bukan menjadi majlis merisik seperti yang dirancang pada awalnya. Jom kita dengar jawapan penceramah tersebut....

"Pertunangan bukanlah terletak pada cincin tetapi pada perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak yang berjanji"

Maksudnya di sini, kalau lah rombongan meminang tadi bawa bola (ada tau orang buat) dan dipersetujui oleh pihak perempuan, maka terjadilah pertunangan. Bukan kalau nak bertunang, wajib ada cincin. Merisik tu adat je, tapi pertunangan memang ada termaktub dalam syara'.

Berbalik kepada situasi saya. Sebenarnya saya sendiri berada dalam situasi di atas di mana majlis yang sepatutnya majlis merisik bertukar (sila baca dengan nada action kamen nak bertukar yea) menjadi majlis pertunangan. Jadi, kalau mengikut syara', saya sememangnya sudah menjadi tunangan orang. (mention sekali lagi, tunang Encik Haizey) Walaupun sewaktu bertunang, saya hanya di sarungkan cincik risik.

Tapi kadang-kadang ada juga yang bertanya, "Eh, kenapa kau tak dapat cincin tunang? Betul ke dah bertunang?" atau "Boleh dikira bertunang ke kalau takde cincin tunang?" Jadi, selepas baca entri ni, rasanya semua dah tau kan apa jawapannya. Kita jangan tiru cara barat yang menjadikan cincin tu seolah-olah penting sangat dalam perkahwinan. Kalau tak pakai cincin tu macam dosa besar pulak. (ini pendapat saya yea) Contohnya macam ayat-ayat dalam filem.."with this ring, i marry you." Kalau takde cincin, tak leh kahwin la ye? Mudah dan indahnya Islam bila mana tidak meletakkan syarat untuk sesuatu itu dijadikan mahar perkahwinan..~

Kesimpulannya, sesebuah ikatan itu bukan terletak pada cincin atau apa2 barangan semata-mata. Apa yang penting ialah kejujuran & kesetiaan dalam mengekalkan ikatan tersebut. (menaip sambil mendendangkan lagu P.Ramlee-sedangkan lidah lagi tergigit)

Till the next entri u olls..~

Tatatititutu..~

p/s: sepatutnya post nih bertarikh 06/04/11 tapi x tak sempat nak publish lak. Pasal pesta buku saya tangguh untuk next..next..next entri ye..~ (post kali ini juga tidak diselitkan gambar ilustrasi) ^_^

1 comment:

  1. thanks Puan Haizey sebab sudi melawat rumah saya..
    conratulations darling...wish u hepily ever after

    ReplyDelete